Misi:

Mengumpul RM180,000 dan 300 unit komputer riba

Diuruskan oleh:

Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Insan Seri Qiyam (PPM0031002032019)

Mengenai Kempen

Covid-19 memaksa pembelajaran atas talian, namun tak semua  mahasiswa mampu laptop atau alatan elektronik untuk hadir ke kelas secara virtual. 

Ada yang terpaksa berkongsi di rumah, menunggu nota kelas daripada rakan sekuliah yang lain.

Kajian Kementerian Pendidikan Malaysia menunjukkan terdapat 20% daripada jumlah mahasiswa yang datang daripada keluarga berpendapatan RM1,000 ke bawah.

Kempen #hayatkedua bertujuan untuk mengumpulkan laptop terpakai yang masih berfungsi dan berada keadaan elok untuk membantu mahasiswa-mahasiswi ini. #Hayatke2 memberi nafas baharu kepada laptop yang sudah tidak digunakan agar dapat dimanfaatkan oleh golongan sasar ini. Kami juga terima derma wang tunai bagi membantu untuk membeli laptop terpakai.

Jika ada mempunyai laptop yang masih boleh digunakan di rumah atau pejabat, bantulah kami untuk membantu mereka.

Hubungi PIC kami untuk temujanji serahan di sekitar Lembah Klang, atau sumbangan tunai melalui donation.com.my/hayatkedua. 
Senarai PIC #hayatkedua:
1. Zulfadzli 019-271 7548 
2. Alif Fahmi 013-209 7441
3. Nabihah Rozman 017-616 3907

Laporan Kempen

Tarikh: 23/11/2020

Penganjur: Kempen #hayatkedua dianjurkan sepenuhnya oleh Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Insan Seri Qiyam bersama aktivis-aktivis belia.

Jumlah Dana Setakat 23/11/2020: RM3,550

Jumlah Sumbangan Laptop Terpakai: 4 buah komputer riba

Perancangan Pengagihan

a) Pengagihan laptop kepada penerima akan dilakukan apabila 20 buah laptop terkumpul diperolehi daripada sumbangan semasa.

b) Keseluruhan dana wang tunai terkumpul akan digunakan untuk pembelian laptop terpakai oleh Pertubuhan Seri Qiyam.

c) Pengagihan laptop akan tertumpu di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

d) Dapatan jumlah penerima akan diperolehi daripada Kesatuan Mahasiswa UM dan Kesatuan Mahasiswa UKM. Kesatuan Mahasiswa UKM sudah menerima 300 permohonan laptop daripada kalangan B40.

e) Saringan penerima laptop akan dilakukan oleh Pertubuhan Seri Qiyam dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa UM dan Kesatuan Mahasiswa UKM.

Contact Us

Need help?