Misi:

Mengumpul RM 3,000 sebagai permulaan Siri 1.

Diuruskan oleh:

Pertubuhan Demokrat Sosial (PPM-009-10-08072020)

Mengenai Kempen

Demuda bersama ABIM Setiawangsa akan menganjurkan Projek Nasi Lemak bagi membantu keluarga yang susah. Bantuan berbentuk makanan berkhasiat akan diedarkan kepada keluarga-keluarga terpilih di sekitar Setiawangsa dan kampus universiti.

Dalam keadaan sekarang, banyak keluarga yang tidak mampu menghidangkan makanan yang cukup nutrisi di meja makan akibat kesempitan hidup

Mengikut laporan UNICEF, sebanyak 20.7% kanak-kanak bawah 5 tahun megalami tumbesaran yang terbantut akibat kekurangan nutrisi dalam diet pemakanan.

Harapannya, Projek Nasi Lemak dapat memulakan perbincangan yang lebih meluas terhadap masalah sosioekonomi masyarakat yang menjurus kepada krisis kesihatan.

Mari menyumbang ke Projek Nasi Lemak. Hubungi saudara Irfan Mahzan 010-408 0301 untuk maklumat lanjut.

Contact Us

Need help?