Misi:

Mengumpul RM 10,000 sebagai permulaan and misi ini berterusan. Juga, menerima bantuan secara bulanan.

Diuruskan oleh:

TheSkop Technology (002340524-T)

Mengenai Kempen

Sekolah Untuk Semua merupakan projek anjuran TheSkop dan Demuda bagi menyediakan kelas tuisyen percuma untuk anak-anak daripada keluarga yang susah.

Menurut laporan UNICEF, ramai pelajar sekolah hilang minat untuk belajar akibat faktor kemiskinan dan ketiadaan kelengkapan pembelajaran atas talian serta akses internet yang terhad.

Situasi tersebut memerlukan solusi segera bagi membantu anak-anak ini. Oleh itu, projek ini akan dijalankan di kawasan sekitar Setiawangsa, Subang Jaya dan Segambut untuk menangani masalah tersebut. Bantuan dan sumbangan orang ramai diperlukan bagi merealisasikan usaha ini.

Mari menyumbang ke Kempen Sekolah Untuk Semua. Hubungi saudara Irfan Mahzan 010-408 0301 untuk maklumat lanjut.

Contact Us

Need help?